Unit ini merupakan unit yang bertanggungjawab kepada Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas pengurusan pengendalian peperiksaan, pengurusan keselamatan peperiksaan, pengurusan bahan peperiksaan dan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman.

JADUAL KERJA PMR 2010


‎1‎ Mengumpul Maklumat Sekolah ‎ ‎

A Maklumat setiausaha peperiksaan ‎ (Januari 2010)
B Anggaran bilangan calon
C Bilangan dewan peperiksaan
D Bilangan bilik peperiksaan
‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎
‎2‎ Pendaftaran Calon Sekolah / Persendirian
‎ ‎ ‎
A Menerima Pekeliling Pendaftaran dari LPM ‎(03-Jan-10)‎
B Menerima Aplikasi Pendaftaran dari LPM
C Memberi taklimat kepada PPD Peperiksaan.‎ ‎(07-Jan-10‎)
D Tarikh Mula Pendaftaran Calon Peperiksaan.‎ ‎(04-Jan-10‎)
E PPD memberi taklimat kepada setia usaha peperiksaan ‎ (10-21 Jan) ‎
F PPD Menerima disket dan dokumen pendaftaran dari SuP ‎(18-Feb-10‎)
G SPP JPN Mengumpul disket pendaftaran daripada PPD ‎ (23-Feb-10‎)
H Tamat Tempoh Pendaftaran ‎ ‎ (26-Feb-10‎)
I Menyerah disket dan bahan pendaftaran kepada LPM‎ ‎ (4-5 Mac 10)‎
J Tarikh Tutup Tukar Status Calon / Pembetulan Maklumat Calon ‎ (14-Mei-10‎)
‎ ‎
‎3‎ Pelantikan Penyelia Kawasan ‎ ‎

A Menerima pencalonan dari PPD (April 2010)
B Mencadang pencalonan kepada pengarah
C Membuat surat pelantikan penyelia kawasan (Mei 2010)
‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎
‎4‎ Pelantikan Ketua Pengawas / Pengawas ‎ ‎

A Menghantar aplikasi pelantikan pengawas kepada sekolah (Mei 2010)
B Menerima pencalonan Pengawas /K. Pengawas dari sekolah
C Mencetak pencalonan dari sekolah
D Mesyuarat Pelantikan Ketua Pengawas / Pengawas ‎ (Ogos 2010)
E Menghantar surat pelantikan ketua pengawas / pengawas.‎
‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎
‎5‎ Kemasukan Markah Percubaan ‎ ‎

A Menerima aplikasi Kemasukan Markah Percubaan dari LPM (Julai 2010)
B Memberi taklimat kepada PPD
C PPD memberi taklimat kepada setiausaha peperiksaan
D Kemasukan Markah Percubaan ‎ (6-8 Sept‎ 2010)
E PPD Menerima disket dan dokumen markah percubaan ‎ ‎ (13-17 Sept‎ 2010)
F Mengumpul disket kemasukan markah percubaan dari PPD
G Menyerah disket dan dokumen markah percubaan kepada LPM.‎

6‎ Peperiksaan PMR ‎ (5,6,7,11,12 Okt‎ 2010)

Monday, January 25, 2010

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda : Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu.

Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan.

Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!!

Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10...100 dan ........

Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya... ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan. Ketiga, sentiasa berfikiran positif.

Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.

Ingat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk kesejahteraan diri anda.

Nobody Perfect!